Wednesday, 24 May 2017

Puasa

Lagi 2 hari umat Islam akan menyambut bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. InsyaAllah. Bulan yang penuh barakah dimana amalan2 kita laksanakan berganda ganjaran pahalanya Allah SWT kurniakan. Rebutlah peluang yang hadir sebulan dalam setiap tahun.



Cuma nak share beberapa tips yang boleh dipraktis kepada anak-anak yang dikongsi dari blog2 lain.

Okay mari kita baca tips galak anak berpuasa dengan perasaan seronok dan gembira. 
  1. Ajar anak niat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  2. Masa kejut untuk bersahur, secara perlahan-lahan beritahu tentang kelebihan bersahur.
  3. Sahur bersama-sama. Pastikan masakan sahur makanan kegemaran anak kita dan sedap!
  4. Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh dia mandi untuk segarkan badan.
  5. Menjelang berbuka, tanya anak kita apa makanan kegemaran untuk berbuka. Jika boleh ajak anak kita membantu siapkan hidangan berbuka.
  6. Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah. Nanti letih nak air pula.
  7. Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. Biskut kering pun boleh terliur tau.
  8. Beri galakan dan sokongan moral semasa berpuasa. Sentiasa ungkapkan, "Irfan boleh berpuasa!"
  9. Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. 
Tapi sebelum latih anak2 berpuasa latih dulu mereka bersolat. Sebabnya orang yang bersolat dah tentu akan berpuasa, tapi orang puasa belum tentu solat.

Tuesday, 23 May 2017

Reviu Filem: Singam 3

Selalu kalau aku nak tengok apa2 filem aku akan google dulu cari reviu yg org lain dah tgk. Padahal nak donlod je atau layan online je pun. Nak tgk wayang payah dah la sekararang ni. Hero2 dan heroin berderet ni. 
So kali ni aku nak reviu 1 filem ni. Filem tamil berjudul Singam 3. Ikutkan filem ni dah release panggung bulan Feb 2107 lalu. Tapi baru keluar dalm online. Layan online jer la senang memandangkan internet laju.

Singam 3

Filem ni adalah yang sekuel yang ketiga dalam sekuel filem-filem Singam. Sekuel 1 dan 2 aku dah pernah tengok. Ni yang ketiga. Masih mengekalkan hero utamanya iaitu Suriya.

Heroin pulak masih jugak yang dulu, Anushka, tapi tak banyak scene dia keluar sebab filem ni memang fokus utama watak hero dia je. Singam ni pegawai polis yang jujur. 

So ada 1 negeri ni dia punya ketua polis mati kena tembak dengan orang jahat. So menteri2 dia buntu sebab sisatan polis tempatan tak berjaya selesai kes ni. So sorang menteri ni cadang la kepada menteri2 lain supaya import sorang Supercop dari negeri lain umtuk settle kes berprofil tinggi ni. 

Ni hero pujaan ramai peminat filem tamil, Suriya. 

Then dia cadang Deputi Commioner Singam ni utk tolong diorang. So Singam setuju la nak tolong diorang dengan syarat mesti ikut cara dia. Sampai je Singam kat stesen keretapi ni. samseng2 dah siap tunggu nak halau dia.

Tapi dah nama hero kan, dekat 20 orang samseng tu dia settle sorang jer. Melambung-lambung dia smackdown sorang2 jer. 

Dalam siasatan pembunuhan ketua polis ni, Singam dapat tahu rupanya misteri disebalik  kes ni ada kes yang lebih besar tahap international dah rupanya. Kes tu ialah negeri tersebut dijadikan tempat pembuangan sisa hospital dari luar negara secara haram.

Operasi haram ni berselindung disebalik perniagaan pengimportan besi buruk dari Austalia yang dilakukan oleh seorang anak Menteri juga, 

Bos jahat dalam filem ni. Thakur Anoop Singh. 

Nak jadikan cerita kawasan pembuangan sisa hospital ni terbakar. Jadi asap tersebar ke sekolah berdekatan dan telah membunuh seramai 32 orang kanak2 sekolah. Jadi cikgu sekolah ni mengadu kepada ketua polis negeri tersebut.

 Tapi malangnya sindiket ni dapat tau awal lagi dan telah membunuh ketua polis ni sebelum kegiatan mereka terbongkar. 

Cikgu tu pulak cerita kepada Singam semua yang telah berlaku. So dalam Singam nak berkas ketua sindiket ni macam2 la berlaku. Keluarga dia kena ugut, dia kena serang dan macam2 la.

Akhir sekali dia berjaya tangkap ketua sindiket ni dan hapuskannya terus, Settle masalah tak payah nak bwak gi mahkamah bagai. So ni la maksud Singam, nak mintak dia tolong buleh, tapi kena ikut stail dia. Memang stailo beb.

So rating??...aku bagi 4/5.

 Okla next prebiu maybe filem bahasa lain pulak.

Monday, 22 May 2017

Aku dan motor

Rasa macam nak cerita pasal moto la. Aku dan moto ni sebenarnya dah lama berhubungan. Sejak aku pandai awak moto seawal usia 9 tahun. Masa tu belajar naik moto kapcai ayahanda..the legend of honda cup lampu bulat.

Org kg terutama org felda familiar sangat le dengan moto legend ni. Moto serba boleh, multi purpose. Bawak pergi ladang sawit (angkut segala mak nenek peralalatan ladang), bawak pegi shopping barang dapur (setakat bwak beras 50kg steady beb), hantar anak ke sekolah (naik 5 org pun selamba badak), balik kg. Pendek kata macam2 kegunaan.

Lasak moto ni wei. Aku rasa kat kampung dulu hampir setiap rumah ada sebijik moto ni. Sampaikan aku pernah la terstart moto org lain masa kat kedai. Tak perasan wei..moto sama je..haha

Honda Cub 70cc (gambar dr google)

Moto pertama yang betul2 milik sendiri ialah Yamaha 80 cdi. Moto ni ayah yang belikan masa aku form 5. Senang nak buat ulang alik pegi sekolah sebab masa tu petang2 ada kelas tambahan. 

So berjasa jugak la moto  ni sepamjang aku guna. Sempat buat berulang masa sambung Form 6. Jauh jugak la jarak masa tu kira2 50km pergi balik dari rumah. Jaga cukup baik moto ni sebab sedar masa tu bukan orang kaya2 yg senang nak dapat kenderaan kan. Dapat yang ni pun ah kira untung.

Yamaha 80 cdi (gambar dr google)

Kemudian pada tahun 1997 selepas 2 tahun guna Yamaha cdi ni, ada reseki lebih sikit, dapatlah beli motor baru. Ni betul2 motor baru bukan second tau tak. Yamaha SS2 110 di beli pada tahun 1997 memandanglan motor lama aku tu dah nazak sangat.

 Rupanya motor lama tu pernah eksiden sampaikan bodi dia dah pecah. Bawak pun bergoyang-goyang...bahaya betul.

Dengan motor baru ni barulah aku rasa konpiden sket nak pergi sekolah hari2, Kalau tak manjang la aku absent sebab moto buat hal. Kadang-kadang tumpang member satu sekolah. Penat wei.

 Lepas STPM aku lulus dengan baik dapat sambung ke UKM buat degree. Dengan Yamaha SS2 ni la aku ke sana ke sini dekat Bangi tu. Memang moto yang satu ni banyak betul jasa pada aku (dan my wife) sebab kadang2 hantar dia kelas). 

Dekat 6 tahun guna motor ni sampai dapat keje lepas habis studi. Dari Bangi ke Seremban. Last masa beli kereta, motor ni hantar ke kampung sebab adik nak pakai. Masa tu jarang pakai motor sebab naik kereta ulang alik keje.  

Bagi aku motor ni antara yang terbaik pernah dibuat oleh Yamaha. Sebab kelancaran semasa meunggang. Sesuai jarak jauh.

Yamaha SS2 (gambar dr google).

Tahun 2008 pindah ke ke rumah yang dibeli. Masa tu rumah dengan tempat kerja dah dekat. So decide nak naik motor balik la. Pergi kedai belek2..angkat ler motor Kriss 110. Sebab apa beli motor ni. Sebab tokey kedai tu bgtau motor ni second tapi owner tak pernah ambil..just ambil no plate je. 

So baru tapi harga jatuh second. Beza 1500 dengan yang baru. Terus sauk je la. Pakai ulang alik pergi kerja dan pergi kedai, Payah dok bandar kalau takde motor ni. Mana mau parking, bayar parking lagi. 

Pakai moto ni sampai tahun 2016. Lama jugak tu dalam 8 tahun. Jual sebab dah jarang pakai. Tersadai je kat rumah sebab masa jual tu dah beli motor baru. 

Kriss 110 SE (gambar dr google)

Lepas yamaha dan kriss, terkini aku pakai jenama honda pulak. Honda Future 125. Beli motor ni sebab nak buat backup pegi kerja. Mana tau kot2 time kereta meragam ke. Ada gak motor kan buleh la guna. 

Motor future ni bagus dari segi penjimatan minyak dia. Memang menjimatkan. Satu lagi ada ruang simpanan bawah seat yag boleh simpan helmet dan barang2 lain. So senang la nak bawak barang2 macam baju hujan, beg dll. 

Laju tu tak la. Setakat 100km/j tu dapat la. Nak laju buat apa te ye tak. Ride santai2 sudah. Janji sampai opis dan sampai rumah.

Honda Future 125 (gambar dr google)

Itulah cerita pasal aku dan motor setakat ini. Ada impian dan anganan untuk pakai motor besar. Tipu la kalau tak teringin kalau dah biasa bawak motor ni kan. Kut2 ada rezeki mana tau motor-mtor ni dapat pakai..kan kan..
Yamaha T-Max 500cc. Super scooter. Terbaik ni. Bunyi ekzos pun sedap.

Kawasaki Versys 650. Model pilihan ramai.


Model baru Modenas ala-ala cafe racer. Harga mampu milik RM 6500.

Simpan niat dulu. Adios.


Thursday, 18 May 2017

Radio Kereta

Radio kereta rosak pulak. Bila buka tengok dalam penuh dengan duit syiling. Mesti keje si kecik tu ler. Hobi masukkan duit syling dalam lubang cd palyer tu. Selain tu masuk dalam lubang ekon...huhu. Bertuah punya anak. Dah sekarang ni papa pegi keje balik keje sunyi je dalam kereta tau tak..hoho. Minggu depan nak puasa dah. Lepas tu nak dengar lagu raya. Empphh..mesti kena cari radio baru ni. Dapat yang 2nd pon ok ni. Janji ada ye tak. Try survey dalam online dulu...

Yang ni jumpa dalam Lazada. Rm 52 je. Murah beb.



Yang ni cam gempak sket. Ada brand. Rm 125. Mahal le sket.



Yang ni rasa macam best. Rm 83.30..list

Handphone bah 3


NINETOLOGY U9Z1

Tahun 2017 ni baru dapat sambung cerita pasal hp. Elok la tu sebab dah tukar lain brand dah. Lepas pakai Samsung Galaxy S2 tu papa pakai model ni. Sebab masa ni terpikat dengan saiz besar skrin ni. 5.7 inci tu beb. Keseluruhan ok la hp ni wpun berat sket. Mungkin sebab saiz gadabak kut.


Honor 3C

Then try hp ni pulak brand Honor. Sebab hp sblm ni pecah skrin dia..huhu. Hp ni skrin kecik sket 5inci je. Slow pun slow nak bukak apa2 apps. Layan je la sebab takde modal nk beli yg lagi up. Tak sampai setahun pakai lain sebab stress dengan kelembapan n saiz storan yang kecik. 8GB je.

Samsung Galaxt A8

Terkini papa pakai hp ni. Setakat ni hp ni yang terbaik. Skrin cantik, besar, laju, senang guna. Malas tulis panjang2. Ni baca je ulasan dari Amanz.com punya. https://amanz.my/201592173/

Tuesday, 16 May 2017

Mood bercuaca sejuk  di Cameron Highland 

Bulan Jan 2017 kami plan nak ke CH. So tarikh 20 Jan 2017 kami bertolak ke sana. Along tak bawak sebab tak boleh balik dr asrama. Bertolak dr senawang dalam jam 7 pagi. Singgah kejap di UPSI Tg. Malim selesaikan urusan mama dulu. Dalam jam 12 bertolak ke CH. Sampai dalam pukul 4 lebih.

Ni dekat Tringkap. 

Singgah kejap kat sini masing2 nak pegi toilet. Sempat beli strawberry. Tak sabar memasing nak merasa strawberry CH ni. Tapi tak sedap sangat. Agak masam. Mungkin yg diatas nanti lagi best kut.
Then kami teruskan perjalanan sampai di Brinchang, Sampai kat hotel cuba nak sewa bilik untuk 2 malam. Malangnya cuma dapat semalaman saja. So try call Hotel Cool Point kat Tanah Rata. Alhamdulillah dapat 2 malam. Puas sket la nak berjalan2 sini. Bukan selalu datang pun mama cakap.


Gambar hotel (cilok dr google)

Ok la hotel ni. Lokasi dekat sebelah stesen bas Tanah Rata. Kedai2, bank dekat2 je. Boleh jalan kaki.
Bilik dia pun luas. Selesa kami 5 beranak ni. 

Kebetulan datang time ni tak ramai orang. So dapat la jalan-jalan dengan tenang sekali. Beza masa datang tahun 2012 dulu datang time cuti umum. Memang jem gila.

...sambung la nanti cerita ni.



Tuesday, 26 January 2016

The Bridge Of Spies

Baru lepas menonton filem terbaru lakonan Tom Hank "The Bridge Of Spies".
"The Bridge Of Spies"

Friday, 8 March 2013

Movie Bah. 1

Sebelum ni pasal lagu. Sekarang ni papa nak cerita antara filem2 best dan akan layan bila keluar dlam Astro.

1. Starwars

Movie yang paling diminati. Layan dari zaman papa kecil mungkin sekitar tahun 80 an. Masa tu main kat tv hitam putih sebelum tok ayah belikan tv warna. Filem ni ada 6 episod. Yang pelik pengarah dia mula buat episod ke 4 dulu (A New Hope - 1977), episod ke-5 (The Empire Strikes Back - 1977) dan episod 6 (Return of The Jedi - 1983). 

Pada tahun 1999, baru episod pertama keluar, The Phantom Menace. Tahun 2002, episod ke-2 Attack Of The Clones dan episod ke-3 Revenge Of The Sith. Tiga2 filem ini papa tengok kat panggung wayang sebab masa ni tengah studi kat UKM, Bangi. Selalunya kitaorang tengok kat Kajang. Kdang-kadang pergi The Mines. Rindunya zaman tu. 


2. The Lord Of The Rings 

 Filem ini pun bersiri sama macam Starwars. Siri pertama Fellowship Of The Ring keluar pada tahun 2001, The Two Towers (2002) dan ketiga Return Of The King (2003). Kalau tengok semua siri ni serentak mau 8 jam tak habis lagi. Tapi jalan cerita menarik, epik dan mantap Papa paling suka watak hero Aragorn dan Legolas. 

Walaupun cerita dia panjang tapi jarang ada part yang membosankan. Boleh kata setiap part ada kesinambungan yang membuatkan kita penonton tak sabar-sabar nak tau apa adegan seterusnya. Part yang paling best dan diingati ialah setiap part peperangan antara tentera baik lawan tentera baik. Biasala kan yang baikk mesti menang punya. Secara peribadi 9.9/10.

3. Die Hard 1-4


Filem ni pula sebab papa memang minat gile kat mamat Bruce Willis ni. Dalam filem ni pulak dia jadi polis hati kering. Dia seorang lawan berpuluh2 orang jahat. Ending mesti dia menang punya..haha. Filem ni penuh action, dramatik tembak menembak bagai. Kalau kat rumah ada set home theatre memang terbaik la.


Cuma tak best sikit pasal mamat ni suka menc***t dalam filem ni. Sikit2 @&%$..haha. Tapi buat bodoh je la. Standard cerita Hollywood ni. Kita kena pandai nilai mana baik mana buruk. Just for fun and release tension. 



4. Hantu Kak Limah Balik Rumah

  


 Wakaka,,hahah, kikikih,,kuang kuang..
 Malas la nak cerita pasal filem ni. Korang tengok la balik. Mesti gelak lagi nak2 time Usop Wilcha kelaur,,hahaha 




Thursday, 7 March 2013

Lagu2 Bah 1

Antara lagu yang digemari. Kalau dengar radio keluar lagu-lagu ni memang automatik terikut sekali menyanyi..haha

1.  Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

( ulang 1, 2 )

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini

  
2.  Rindu Serindu Rindunya - Spoon 

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu




Wednesday, 6 March 2013

Handphone Bah. 2



Nokia 6100 aka Sabun

Papa nak sambung cerita pasal hanphone la pulak. Hari tu stop sampai model nokia 3310. Yang ni handphone yang sterusnya papa guna. Ini antara hp yang top masa tu. Sekitar 2004-2005. Ada kamera dan lagu mp3. Boleh blutooth dan macam2. Masa tu kira canggih dah ni. Tapi pakai pun tak lama jugak dalam setahun jual nak pakai model lain.

 
Sony Erickson W800

1st time beli hphone brand Sony. Sebelum tu pernah pakai brand Sony ni. Pinjam org punya. Kejap je. Hp ni beli dengan sorang staf papa. Dia baru pakai seminggu lepas tu nak upgrade yang lagi latest katanya. Kelebihan hp ni  speaker dia sedap wei bunyik dia. Tp kelemahannya tak selasak Nokia yang pernah papa pakai sebelum2 ni. Jatuh sikit dah bengong jadinya. Sempat pakai dalam 5 bulan jer lepas tu macam2 hal jadi. Malas dah nak pakai hp canggih2, beli jer hp murah. Back to Nokia 
semula.

Nokia 1280

Yang biru ni memang paling basic je la functionnya. Just call dan sms saja. Pakai je la sebab kalau takde hp susah ooo orang nak call. Kita pun nak call orang.


Nokia E68

HP ni dalam kategori smartphone. Masa ni trend orang ramai mula bertukar HP smartphone. Antaranya Nokia E63 ni. Kamera pun cantik la jugak 5mp tak silap. Boleh bukak email. Dalam setahun lebih pakai bg mama sebab hp dia rosak.

                                                                  Nokia (lupa model)

Lepas tu beli model basic balik. Yg ni ada camera rasanya. Tp cikai jugak la kualiti dia..huhu. Nasib la..janji boleh guna.


                                                                        
Samsung Galaxy S2

1st time pakai brand Samsung. Hp ni memang real smartphone. Bukan acah-cah..haha. Samsung Galaxy S2. Model paling top sekitar tahun 2011-2012. Skrin pun besar dlm 4.2 inci. Banyak la function HP ni. Kalau nak surf internet, berpesbuk, check email tak payah buka laptop la. Kamera pun puas hati dengan 8 MP. Sampaikan Nikon D3000 papa tu tergantung kat dalam bilik..haha. Rakaman video HD. Memang cantik. Aplikasi dan games pun banyak. Download je dalam Play Store. Puas hati denagn model ni.

Tuesday, 5 March 2013

Kedamaian alam

Masa balik kerja papa lalu ikut kawasan perkilangan senawang. Cantik dan mendamaikan la pulak pemandangan di kawasan bukit dan gunung ganang. Sempat snap beberapa keping gambar.

Friday, 22 February 2013

Handphone dan sejarah pemakaiannya.

Sekarang papa pakai handphone Samsung Galaxy SII. Dah hampir setahun papa guna handphone ni. Mama pula guna Galaxy Note. Setakat ni puas hati dengan kedua-dua telefon ni. Sebelum ni kami setia dengan jenama Nokia dari pelbagai model. Papa nak cerita sikit pasal sejarah pemakaiatelefon bimbit ni. 

 
Motorola C520

Ini telefon bimbit pertama kali kami pakai. Kongsi dengan mama tu. Memandangkan masa tu sekitar tahun 2000 masih lagi belajar di UKM, manala ada duit banyak nak pakai sorang satu. Kalau tak salah telefon ni berharga hampir RM 600. Zaman ni pakai line TM Touch 013. Harga simkad punyala mahal dekat RM 200. Beli telefon dulu, bulan depan baru beli simkad. Fungsi telefon masa ni hanyalah panggilan keluar masuk sahaja. Seingat papa fungsi sms pun belum ada lagi. Tapi masa tu 
dah kira hebat dah. 
                                                                       Nokia 5510

Ini pula telefon kedua. Masa ni dah pakai sorang satu. Ini canggih sikit la dari yang atas tu sebab kecik sikit. Jenama Nokia yang pertama dibeli. Amat senang penggunaannya. Ringtones pun sedap dan banyak pilihan. Senang masuk dalam poket seluar. Kesimpulan model paling terbaik ni.

  
Nokia 3310

Telefon paling famous di zamannya. Boleh kata hampir semua orang memilikinya termasuk la kami. Antara yang terawal telefon bimbit direka tanpa antena. Memang tahan lasak telefon ni. Boleh dikatakan lagenda la dalam kalangan henpon2 lain. Game snake paling lejen la dalam henpon ni. Siap bersaing lagi sapa score mata paling tinggi.

(update April 2017....)
Model ni akan dileuarkan kembali dengan beberapa ciri tambahan. Sesuai dengan zaman la kan.


Nokia 3310 2017