Tuesday 12 May 2009

Kursus

Dah hampir 10 hari aku tak menulis. Hmm baru 2 minggu kat pejabat ni, aku dah kena pegi kursus pulak. 3 bulan tu. Nasib baik dekat KL jer. Boleh la balik rumah tiap2 hujung minggu. Save ler makan minum 3 bulan tu..hehe. Yela..gaji lom kuat=r lagi ni. dah 3 bulan tak ber gaji sejak resign dgn company lama dulu. Mintak2 mintak bulan ni masuk la gaji aku.

Pagi ni ada perhimpunan bulanan kat kompleks pejabat kerajaan tempat aku kerja ni. Semua jabatan yang ada kat sini kena la join sekali. Biasala nyanyi lagu negaraku dan negeri Sembilan. Sori..lagu negeri sembilan aku tak tau lak. Senyap jer la. Takper balik nanti aku suruh aboi nyanyikan..kena belajar ngn anak nampaknya.

Last sekali lepas Tuan DO berucap pengerusi majlis memperkenalkan pegwai-pegawai baru di pelbagai jabatan kat Jelebu ni. Termasuk la aku kena keluar depan tunjuk muka yang kiut ni..hehe. semua ada 6 orang pegawai yang baru masuk bulan ni.

Lapar la pulak..jom makan oii..

Sunday 3 May 2009

Liverpool

Team aku menang dengan Newcastle. Tapi rasa cam tipis jer harapan nak menang EPL. Team jahat tu pulak maintain jer menang sekarang ni. Bengkek betul la. Suka la Pok Jak and sekutu-sekutu jahat dia. Takper, next season kitaorang pulun abih. Jaga la MAN U si team jahat.

Cuti.

Hari ni start keje lepas cuti hari pekerja dan sambung weekend. so dapat la 3 hari melepakkan diri kat rumah. Lepak tak lepak juga la. Layan anak-anak pun cam keje jugak. Buat susu, mandikan diorang, layan tengok tv, layan main beskal petang-petang, apa lagi...macam2 la. Tapi seronok tengok keletah anak-anak, tak terasa pun penat. Yela kan, takkan nak serah semua bulat-bulat kat wife jer buat semua ni. Kongsi-kongsi la tanggungjawab tu.

Cuti itu hari tak kemana-mana pun. Dok rumah jer. Shopping kat Tesco jap. Perghh orang ramai giler. Macam Tesco tu dah nak tutup jer. Aku and wife pun sama la menyebok kat situ. Asalnya cuma nak beli dua tiga barang. Tapi bila dah kat situ macam-macam lak diangkutnya. Ramai orang borong milo peket besar. Murah la sket dari harga biasa. Wife pun amik sepeket. Si Aboi asyik balun milo jer siang malam pagi petang. Tengah tido malam-malam pun boleh mintak milo lagi. Harap-harap Tesco jual murah selalu Milo ni.. hehe.