Friday 22 February 2013

Handphone dan sejarah pemakaiannya.

Sekarang papa pakai handphone Samsung Galaxy SII. Dah hampir setahun papa guna handphone ni. Mama pula guna Galaxy Note. Setakat ni puas hati dengan kedua-dua telefon ni. Sebelum ni kami setia dengan jenama Nokia dari pelbagai model. Papa nak cerita sikit pasal sejarah pemakaiatelefon bimbit ni. 

 
Motorola C520

Ini telefon bimbit pertama kali kami pakai. Kongsi dengan mama tu. Memandangkan masa tu sekitar tahun 2000 masih lagi belajar di UKM, manala ada duit banyak nak pakai sorang satu. Kalau tak salah telefon ni berharga hampir RM 600. Zaman ni pakai line TM Touch 013. Harga simkad punyala mahal dekat RM 200. Beli telefon dulu, bulan depan baru beli simkad. Fungsi telefon masa ni hanyalah panggilan keluar masuk sahaja. Seingat papa fungsi sms pun belum ada lagi. Tapi masa tu 
dah kira hebat dah. 
                                                                       Nokia 5510

Ini pula telefon kedua. Masa ni dah pakai sorang satu. Ini canggih sikit la dari yang atas tu sebab kecik sikit. Jenama Nokia yang pertama dibeli. Amat senang penggunaannya. Ringtones pun sedap dan banyak pilihan. Senang masuk dalam poket seluar. Kesimpulan model paling terbaik ni.

  
Nokia 3310

Telefon paling famous di zamannya. Boleh kata hampir semua orang memilikinya termasuk la kami. Antara yang terawal telefon bimbit direka tanpa antena. Memang tahan lasak telefon ni. Boleh dikatakan lagenda la dalam kalangan henpon2 lain. Game snake paling lejen la dalam henpon ni. Siap bersaing lagi sapa score mata paling tinggi.

(update April 2017....)
Model ni akan dileuarkan kembali dengan beberapa ciri tambahan. Sesuai dengan zaman la kan.


Nokia 3310 2017

Jem!!

Masa nak balik kerja petang tadi. Tak pernah-pernah jem sebelum ni. Rupanya jalan biasa tu ditutup untuk Program Karnival Jelebu. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ini pula suasana semalam waktu balik dari mesyuarat di Seremban 2. Jalan ni dari Bukit Chedang menghala ke PD/Senawang. Lagi teruk jem waktu ni. Nasib baik la jarang2 lalu sini.