Wednesday 1 September 2010

Buka Puasa



Sekali sekala buka puasa kat majlis ok gak. Ni masa berbuka di Pasoh 3.

Cuti Raya

Dah mohon cuti raya semalam. Tapi kena adjust pulak dah. Ada ker taska anak cuti semnggu terus lepas raya tu. Terpaksa la aku ambil cuti lagi. Wife dah tentu kena kerja coz dia cikgu..huhu. Yang pasti ambil sebelum 2 hari dan selepas 3 hari. Jumaat kean kerja la. Nak simpan gak cuti untuk hujung tahun. Mana tahu ada rezeki ke Langkawi ker..cara gak.

Tuesday 31 August 2010

Kerja,kerja,kerja..

Kembali bekerja setelah cuti sehari semalam sempena Merdeka. Minggu ni kerja 3 hari, lepas tu cuti sabtu ahad. Minggu depan kerja Isnin dan Selasa. Lepas tu start cuti raya la weiii..hihi tak sabar la pulak..sigh. Sedar tak sedar dah masuki puasa ke 22 hari dah ni. Kena bayar zakat fitrah ni. Takut terlupa pulak kang. Hmm dalam perjalanan buat bayaran kang singgah kejap la bayar.

Monday 30 August 2010

Salam Kemerdekaan

31 ogos 2010 ulangtahun kemerdekaan negara ke 53. Agak meriah sambutan peringkat kebangsaan yang dibuat dalam stadium Bukit Jalil. Apapun..merdeka3x. Semoga Malaysia terus maju dan bertambah makmur hendaknya.

Sunday 4 July 2010

Mari bergambar














Gambar ini diambil dari tingkat 3 apartment Glory Beach Resort, Port Dickson. Bilik ni betul-betul mengadap laut selat Melaka. Gambar ni aku ambil guna kamera dslr Nikon D3000. Saja nak test menembak pemandangan tepi pantai. Hobi fotografi ni sebenarnya dah lama minat semenjak kerja lama dulu. Tapi baru 3 bulan lepas ada rezeki sikit, terus la sambar dslr ni. Ni pun kategori paling murah..hehe..jadilah dari takder langsung.

Monday 14 June 2010

Piala Dunia 2010

Sekarang tengah demam piala dunia. Sebut piala dunia semua orang tahu ia merujuk kepada kejohanan bola sepak yang tersohor seantero dunia. Ketika aku menaip post ini pasukan Jepun baru sahaja berjaya menewaskan Cameroon 1-0. Agak berbangga Jepun sebagai pasukan Asia berjaya memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan mengiringi kejayaan sebuah lagi pasukan dari Asia Korea Selatan yang terdahulu menewaskan Greece 2-0. Harapan aku sebagai rakyat Malaysia sudah tentu ingin melihat pasukan kebangsaan sendiri berjaya seperti 2 negara yang satu ketika dahulu menjadi pasukan belasahan kita. Kita tunggu saat itu..

-------------

Oh ya sudah agak lama tidak menulis disini. Ini post yang pertama untuk tahun ini walaupun sudah memasuki separuh tahun 2010. Mungkin Facebook yang menjadi sebab aku begitu malas untuk memblogging walaupun pada awalnya aku beriya-iya dan bersemangat untuk menulis di dalam blog ini. Sampai disini pun aku sudah kekeringan idea.