Tuesday 30 May 2017

Cerita Puasa

Masuk hari ke 5 puasa. Biasa bulan puasa ni gerai2 makan minum tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Mana2 je ada org berniaga terutama juadah berbuka puasa. Boleh rambang mata dibuatnya melihatkan pelbagai makanan minuman dijual, Tapi kebanyakan indah rupa dari rasa. Nak selamat beli la dari penjual yang dah biasa berniaga yang kita dah biasa rasa makanan dorang. Ataupun kalau rajin masak je sendiri. Kali ni nak share juadah yang selalu ada waktu kami berbuka puasa selain nasi dan lauk pauk.


Murtabak. Mesti nak ada ni paling tidak 2 hari sekali. Sedap makan lepas tarawikh. Panaskan balik garing2. Perhh...


Popia sambal. Kena pedas2 manis dan popia dia garing tu..memang mabeles.


Ayam golek. kena cari yang sos sedap. 


Agar2 cendol. Sedap ni makan waktu berbuka. Sejuk je rasa tekak.




No comments:

Post a Comment