Wednesday 6 March 2013

Handphone Bah. 2



Nokia 6100 aka Sabun

Papa nak sambung cerita pasal hanphone la pulak. Hari tu stop sampai model nokia 3310. Yang ni handphone yang sterusnya papa guna. Ini antara hp yang top masa tu. Sekitar 2004-2005. Ada kamera dan lagu mp3. Boleh blutooth dan macam2. Masa tu kira canggih dah ni. Tapi pakai pun tak lama jugak dalam setahun jual nak pakai model lain.

 
Sony Erickson W800

1st time beli hphone brand Sony. Sebelum tu pernah pakai brand Sony ni. Pinjam org punya. Kejap je. Hp ni beli dengan sorang staf papa. Dia baru pakai seminggu lepas tu nak upgrade yang lagi latest katanya. Kelebihan hp ni  speaker dia sedap wei bunyik dia. Tp kelemahannya tak selasak Nokia yang pernah papa pakai sebelum2 ni. Jatuh sikit dah bengong jadinya. Sempat pakai dalam 5 bulan jer lepas tu macam2 hal jadi. Malas dah nak pakai hp canggih2, beli jer hp murah. Back to Nokia 
semula.

Nokia 1280

Yang biru ni memang paling basic je la functionnya. Just call dan sms saja. Pakai je la sebab kalau takde hp susah ooo orang nak call. Kita pun nak call orang.


Nokia E68

HP ni dalam kategori smartphone. Masa ni trend orang ramai mula bertukar HP smartphone. Antaranya Nokia E63 ni. Kamera pun cantik la jugak 5mp tak silap. Boleh bukak email. Dalam setahun lebih pakai bg mama sebab hp dia rosak.

                                                                  Nokia (lupa model)

Lepas tu beli model basic balik. Yg ni ada camera rasanya. Tp cikai jugak la kualiti dia..huhu. Nasib la..janji boleh guna.


                                                                        
Samsung Galaxy S2

1st time pakai brand Samsung. Hp ni memang real smartphone. Bukan acah-cah..haha. Samsung Galaxy S2. Model paling top sekitar tahun 2011-2012. Skrin pun besar dlm 4.2 inci. Banyak la function HP ni. Kalau nak surf internet, berpesbuk, check email tak payah buka laptop la. Kamera pun puas hati dengan 8 MP. Sampaikan Nikon D3000 papa tu tergantung kat dalam bilik..haha. Rakaman video HD. Memang cantik. Aplikasi dan games pun banyak. Download je dalam Play Store. Puas hati denagn model ni.

No comments:

Post a Comment