Friday 4 December 2009

Kedai Mamak

Kenapa orang suka sangat lepak kedai mamak yer? Aku pun selalu gak lepak kedai mamak ni. Tapi sejak kahwin aktiviti ni dah kurang la. Kadang-kadang bawak famili makan roti nan kat Azhar Maju Senawang. Sebenarnya sejarah aku mula kenal kedai mamak ni dah lama. Masa aku kecik-kecik dulu selalu ikut ayah lepak kedai mamak kat area kampung aku. Makan roti canai dan teh tarik sambil layan wrestling. Time tu zaman Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Undertaker punn baru keluar lagi dan ramai lagi ler wrestler yang hebat-hebat. Masa tu masih pakai video player dan tape yang besar gedabak. Tak macam sekarang ni semua dalam cd @ dvd yang nipis-nipis.

Sekarang kedai mamak dah tak pasang wrestling lagi dah. Kebanyakan dah pasang astro dan kalau ada perlawanan bola lagi lah meriahnyer kedai mamak tu. Masa aku studi kat UKM dulu pun masih lagi kedai mamak jadi pilihan terutama time tengah-tengah malam. Layan roti kosong jer ataupun feveret aku megi goreng. Kena pula time tu ada game EPL sesak la kedai mamak tu. Sampaikan mamak tu letak kerusi atas longkang yang di alas dengan papan. Siap ada bau lagi, tapi customer selamba badak jer lepak kat situ..huhu ..Korang yang tinggal di Bandar Baru Bangi mesti tau lokasi kedai ni..sebelah stesen minyak Shell fasa 1.

Kat Seremban ni lagi la banyaknyer kedai mamak. Sekarang dah canggih dah. Siap pasang WIFI lagi tu..standard Starbuck ko..sigh..Dengan TV plasma besar gedabak, memang puas la layan bola. Kat area rumah aku ni pun bersepah kedai mamak. Sampai anak aku yang sulung ni pun dah pandai mintak nak makan kat kedai mamak..huhu..

Bagi aku kedai mamak ni ramai orang sebab :
1. Servis cepat. Ramai la camner pun customer dia, servis biasanya tak mengecewakan.
2. Banyak pilihan makanan. Dari yang berat-berat sampaila yang ringan-ringan. Western food pun ada..pendek kata macam-macam ada..
3. Minuman dia terutama yang tarik2 tu memang lain la dari kedai-kedai melayu. Tah guna susu apa tak tau la. Yang nyata sedap..heheh

Friday 20 November 2009

Datuk K















Ada gaya Datuk K tak? Tang misai je la. Heh heh..
Ni la abg Basir salah seorang pegawai kat PKMD Jelebu ni.
Penghibur disaat duka lara staf-staf sini...

Thursday 19 November 2009

Gambar


Dah lama nak post gambar ni..ni ler gambar kengkawan masa kursus kat ISM 3 bulan lalu. Sekarang semua dah sibuk dengan kerja masing-masing. Tambahan sekarang ni dah start musim banjir..lagi la sibuknyer. Takper rakyat didahulukan ..hehe.


You'll never walk alone....

Nettie When you walk through a storm.
Keep your chin up high And don't be afraid of the dark.
At he end of the storm Is a golden sky And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind, Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on With hope in your heart And you'll never walk alone,
You'll never walk alone.

Support Liverpool...

Wednesday 9 September 2009

Tuesday 1 September 2009

Liverpool..

Kalah, menang, pastu kalah pulak..aduyaiii..
Takper..hero kalah awal..tapi jangan kalah terus udah lerrr..
Go Liverpool..we'll never walk alone....

Monday 17 August 2009

Aku dah balikkkkk

Pejam celik, pejam celik dah 3 bulan berlalu. Dan aku pun kembali ke sini bertugas semula. Hmmm pagi ni masa drive bukak tingkap keta luas2. Dah lama tak hirup udara senyaman ini. Tak percaya?? Try la drive pepagi kat sini, jalan ke Jelebu. Macam kat genting beb.

Tensen tul aku pagi ni. Ada ker Liverpool leh kalah dengan Spurs. Dah ler team jahat MU menang, Chelsea pon menang. Arsenal pulak menang giler2 nye. Takper, hero biasala. Mesti kalah dulu kan, kan, kan....hehe.

Hmm,,,ni post aku yang pertama selepas 3 bulan kan. Susah nak post masa kursus. Bz jer
31

Tuesday 12 May 2009

Kursus

Dah hampir 10 hari aku tak menulis. Hmm baru 2 minggu kat pejabat ni, aku dah kena pegi kursus pulak. 3 bulan tu. Nasib baik dekat KL jer. Boleh la balik rumah tiap2 hujung minggu. Save ler makan minum 3 bulan tu..hehe. Yela..gaji lom kuat=r lagi ni. dah 3 bulan tak ber gaji sejak resign dgn company lama dulu. Mintak2 mintak bulan ni masuk la gaji aku.

Pagi ni ada perhimpunan bulanan kat kompleks pejabat kerajaan tempat aku kerja ni. Semua jabatan yang ada kat sini kena la join sekali. Biasala nyanyi lagu negaraku dan negeri Sembilan. Sori..lagu negeri sembilan aku tak tau lak. Senyap jer la. Takper balik nanti aku suruh aboi nyanyikan..kena belajar ngn anak nampaknya.

Last sekali lepas Tuan DO berucap pengerusi majlis memperkenalkan pegwai-pegawai baru di pelbagai jabatan kat Jelebu ni. Termasuk la aku kena keluar depan tunjuk muka yang kiut ni..hehe. semua ada 6 orang pegawai yang baru masuk bulan ni.

Lapar la pulak..jom makan oii..

Sunday 3 May 2009

Liverpool

Team aku menang dengan Newcastle. Tapi rasa cam tipis jer harapan nak menang EPL. Team jahat tu pulak maintain jer menang sekarang ni. Bengkek betul la. Suka la Pok Jak and sekutu-sekutu jahat dia. Takper, next season kitaorang pulun abih. Jaga la MAN U si team jahat.

Cuti.

Hari ni start keje lepas cuti hari pekerja dan sambung weekend. so dapat la 3 hari melepakkan diri kat rumah. Lepak tak lepak juga la. Layan anak-anak pun cam keje jugak. Buat susu, mandikan diorang, layan tengok tv, layan main beskal petang-petang, apa lagi...macam2 la. Tapi seronok tengok keletah anak-anak, tak terasa pun penat. Yela kan, takkan nak serah semua bulat-bulat kat wife jer buat semua ni. Kongsi-kongsi la tanggungjawab tu.

Cuti itu hari tak kemana-mana pun. Dok rumah jer. Shopping kat Tesco jap. Perghh orang ramai giler. Macam Tesco tu dah nak tutup jer. Aku and wife pun sama la menyebok kat situ. Asalnya cuma nak beli dua tiga barang. Tapi bila dah kat situ macam-macam lak diangkutnya. Ramai orang borong milo peket besar. Murah la sket dari harga biasa. Wife pun amik sepeket. Si Aboi asyik balun milo jer siang malam pagi petang. Tengah tido malam-malam pun boleh mintak milo lagi. Harap-harap Tesco jual murah selalu Milo ni.. hehe.

Monday 27 April 2009

Apa aku buat...

Start keje kat opis baru..hmmmm. Nantiler aku citer...dah sebulan 2 nanti yerkk. Nak biasa kan ngn keje dulu..

Wednesday 22 April 2009

Report duty

Pukul 7.30 aku dh sampai kt wisma negeri Awal lgi kot. Lepak kt cafe dulu. Sms Abg Azmi. Dia baru sampai tol seremban. Yang lain2 aku tak nampak lagi. Lepas 10 minit tunggu kat situ, aku naik ke tingkat 1 ke JKM. Sampai di pejabat ada sorang staff kebetulan ada didepan opis. Aku kenalkan diri dan tujuan aku. Dia pun bawa aku jumpa cc dan perkara pertama aku buat punch card. Hehe.. hari 1st punch card pukul 7.59.

Masuk bilik meeting tunggu Pengarah buat taklimat ringkas utk staff baru. Rupa-rupanya yang lain dah ada kat situ. Aku Ada 9 orang semua staff baru termasuk orang2 lama yang naik pangkat. Berdebar jugak nak jumpa dengan Pengarah ni. Maklum ler big boss. Alhamdulillah pengarah amat baik orangnyer. Bersyukur dapat big boss camni. Aku ditempatkan di daerah Jelebu. Takler jauh sangat. Tak sampai 1/2 jam dr rumah aku. Tak kisah la..dapat kerja ni pun dah bersyukur kan.

Hari ni takdela buat keje lagi. Cuma settle borang2 pendaftran yang aku dapat masa kursus hari tu. Banyak jugak kena isi.

Kenal2 dgn staf2 lama. Alhamdullliah semua baik2 dan bersedia menolong staf2 baru cam kami ni. Yela bagi aku selain jenis pekerjaan, suasana kerja juga mempengaruhi semangat seseorang yang fresh cam aku ni. Yeker??

Pukul 5 lebih ...apa lagi balik ler.








6

Tuesday 21 April 2009

Hmm...

Penatnya rasa. Aku dah lama menulis dlm ni..dekat seminggu lebih kot. Aku berkursus seminggu bermula 16.4.2009 sampai ler hari ni. Kursus induksi untuk staff baru cam aku ni. Wajib pergi. Seronok jugak belajar benda2 baru. Okler,,nak tidur sekejap...

Saturday 11 April 2009

Bola sepak lagi...


LONDON - Dua jaringan Fernando Torres membantu Liverpool membelasah Blackburn 4-0....

Hmm..terubat juga hati bila team aku, Liverpool menang setelah kalah 1-3 dengan Chelsea hari tu.

Torres scored 2 biji, 1 oleh Agger. Torres menanduk gol kedua (gambar sebelah).

Yang tak berapa bestnya team jahat ManYou menang pulak dengan Sunderland 2-1. Takpe..masih ada beberapa perlawanan untuk The Reds buktikan EPL milik kita. Liverpool boleh.

Friday 10 April 2009

Hooligans

Samseng Bola Sepak. Sebelum ini ia dikaitkan dengan penyokong fanatik bolasepak Eropah dan Amerika Selatan terutama penyokong England, Jerman dan Argentina. Namun sekarang jangan terkejut Malaysia juga telah berjaya melahirkan spesies ini juga.

Apa yang terjadi di Stadium Kota Bharu dalam perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan amatlah memalukan jika diambil kira prestasi dan mutu permainan yang ditunjukkan dalam liga Malaysia. Berbaloi ker nak mengamuk sampai merosakkan harta benda dan ada yang cedera parah hanya sekadar menonton perlawanan yang standardnya...

Aku cukup respek dengan penyokong dalam liga England. Walaupun kedudukan penonton agak rapat dengan padang tapi tak pernah pulak dengar rusuhan besar-besaran berlaku. Penyokong MU takde pulak mengamuk walau kena belasah 4-0 dengan Liverpool bulan lepas. Itu main dekat Old Trafford. Orang England ni suka mengamuk dekat luar negara mereka jer kot. Tapi berbaloi la dapat tengok team sendiri main world cup. Ini main tak seberapa, penyokong pulak yang lebih2. Mungkin orang luar akan berkata.."oh Malaysia ada liga bolasepak rupanya" bila terbaca berita ini.

Menarik bila memetik ulasan M.Karathu mengenai insiden ini. Penyokong juga perlu diajar dapat menerima kekalahan selain pemain itu sendiri. Masalahnya dengan minda kelas ketiga golongan ini, dapat ker menerima ajaran ini?

Thursday 9 April 2009

Kabinet Baru Malaysia

Mungkin kebanyakan dari kita dah maklum tentang rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri baru Dato Seri Najib Razak. Paling menarik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM baru) sebagai Menteri Pelajaran baru menggantikan Datuk Seri Hishamudin yang bertukar ke Kementerian Dalam Negeri.

Beberapa menteri telah digugurkan termasuk Dato Seri Syed Hamid Albar, Dato Azalina, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan beberapa nama lagi yang kalah dalam pemilihan agong UMNO lalu.

Lagi menarik pelantikan Datuk Mukhriz Tun Mahathir kedalam kabinet baru menjawat jawatan sebagai timbalan menteri MITI walaupun kalah dalam pemilihan ketua pemuda UMNO yamg lalu. Dan pemenangnya pula tiada dalam senarai kabinet yang baru ini.

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pun dapat boss baru...Datuk Shahrizat Jalil yang pernah menjaga kementerian ini sebelum ini. Kira buat comeback ler.

Disini aku sertakan senarai penuh kabinet baru Malaysia yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.


Senarai penuh barisan Kabinet baru

09/04/2009 4:23pm

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


Selamat Berkhidmat.....

Aku

Aku sekarang ni tak bekerja..jaga anak kat rumah..kira Mr Mama le nih. Hmm korang jangan salah faham pulak. Aku bukan penganggur lah. Cuma baru resign dari salah sebuah syarikat swasta dan tengah tunggu posting kerja baru (dengan kerajaan). Ramai yang terkejut dalam keadaan ekonomi down ni aku boleh resign dan lagi terkejut sebab aku resign dapat keje ngn govt. Diorang kata susah nak dapat kerja dengan govt. Susah ker? Entahlah…dah rezeki aku kat sini kan.

Dekat 5 thn aku kerja ngn company lama tu.Sedih jugak nak tinggalkan. Tapi aku perlukan cabaran baru dan yang penting aku buat ni adalah untuk kebaikan masa depan keluarga aku.

1st

Post aku yang pertama. Sekian lama aku cuma membaca blog-blog orang lain, kenapa tidak cuba untuk menulis sendiri. Peduli apa ada orang nak baca ker tak kan. Heheh..