Friday 8 March 2013

Movie Bah. 1

Sebelum ni pasal lagu. Sekarang ni papa nak cerita antara filem2 best dan akan layan bila keluar dlam Astro.

1. Starwars

Movie yang paling diminati. Layan dari zaman papa kecil mungkin sekitar tahun 80 an. Masa tu main kat tv hitam putih sebelum tok ayah belikan tv warna. Filem ni ada 6 episod. Yang pelik pengarah dia mula buat episod ke 4 dulu (A New Hope - 1977), episod ke-5 (The Empire Strikes Back - 1977) dan episod 6 (Return of The Jedi - 1983). 

Pada tahun 1999, baru episod pertama keluar, The Phantom Menace. Tahun 2002, episod ke-2 Attack Of The Clones dan episod ke-3 Revenge Of The Sith. Tiga2 filem ini papa tengok kat panggung wayang sebab masa ni tengah studi kat UKM, Bangi. Selalunya kitaorang tengok kat Kajang. Kdang-kadang pergi The Mines. Rindunya zaman tu. 


2. The Lord Of The Rings 

 Filem ini pun bersiri sama macam Starwars. Siri pertama Fellowship Of The Ring keluar pada tahun 2001, The Two Towers (2002) dan ketiga Return Of The King (2003). Kalau tengok semua siri ni serentak mau 8 jam tak habis lagi. Tapi jalan cerita menarik, epik dan mantap Papa paling suka watak hero Aragorn dan Legolas. 

Walaupun cerita dia panjang tapi jarang ada part yang membosankan. Boleh kata setiap part ada kesinambungan yang membuatkan kita penonton tak sabar-sabar nak tau apa adegan seterusnya. Part yang paling best dan diingati ialah setiap part peperangan antara tentera baik lawan tentera baik. Biasala kan yang baikk mesti menang punya. Secara peribadi 9.9/10.

3. Die Hard 1-4


Filem ni pula sebab papa memang minat gile kat mamat Bruce Willis ni. Dalam filem ni pulak dia jadi polis hati kering. Dia seorang lawan berpuluh2 orang jahat. Ending mesti dia menang punya..haha. Filem ni penuh action, dramatik tembak menembak bagai. Kalau kat rumah ada set home theatre memang terbaik la.


Cuma tak best sikit pasal mamat ni suka menc***t dalam filem ni. Sikit2 @&%$..haha. Tapi buat bodoh je la. Standard cerita Hollywood ni. Kita kena pandai nilai mana baik mana buruk. Just for fun and release tension. 



4. Hantu Kak Limah Balik Rumah

  


 Wakaka,,hahah, kikikih,,kuang kuang..
 Malas la nak cerita pasal filem ni. Korang tengok la balik. Mesti gelak lagi nak2 time Usop Wilcha kelaur,,hahaha 




Thursday 7 March 2013

Lagu2 Bah 1

Antara lagu yang digemari. Kalau dengar radio keluar lagu-lagu ni memang automatik terikut sekali menyanyi..haha

1.  Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

1
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

2
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

( ulang 1, 2 )

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini

  
2.  Rindu Serindu Rindunya - Spoon 

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu




Wednesday 6 March 2013

Handphone Bah. 2



Nokia 6100 aka Sabun

Papa nak sambung cerita pasal hanphone la pulak. Hari tu stop sampai model nokia 3310. Yang ni handphone yang sterusnya papa guna. Ini antara hp yang top masa tu. Sekitar 2004-2005. Ada kamera dan lagu mp3. Boleh blutooth dan macam2. Masa tu kira canggih dah ni. Tapi pakai pun tak lama jugak dalam setahun jual nak pakai model lain.

 
Sony Erickson W800

1st time beli hphone brand Sony. Sebelum tu pernah pakai brand Sony ni. Pinjam org punya. Kejap je. Hp ni beli dengan sorang staf papa. Dia baru pakai seminggu lepas tu nak upgrade yang lagi latest katanya. Kelebihan hp ni  speaker dia sedap wei bunyik dia. Tp kelemahannya tak selasak Nokia yang pernah papa pakai sebelum2 ni. Jatuh sikit dah bengong jadinya. Sempat pakai dalam 5 bulan jer lepas tu macam2 hal jadi. Malas dah nak pakai hp canggih2, beli jer hp murah. Back to Nokia 
semula.

Nokia 1280

Yang biru ni memang paling basic je la functionnya. Just call dan sms saja. Pakai je la sebab kalau takde hp susah ooo orang nak call. Kita pun nak call orang.


Nokia E68

HP ni dalam kategori smartphone. Masa ni trend orang ramai mula bertukar HP smartphone. Antaranya Nokia E63 ni. Kamera pun cantik la jugak 5mp tak silap. Boleh bukak email. Dalam setahun lebih pakai bg mama sebab hp dia rosak.

                                                                  Nokia (lupa model)

Lepas tu beli model basic balik. Yg ni ada camera rasanya. Tp cikai jugak la kualiti dia..huhu. Nasib la..janji boleh guna.


                                                                        
Samsung Galaxy S2

1st time pakai brand Samsung. Hp ni memang real smartphone. Bukan acah-cah..haha. Samsung Galaxy S2. Model paling top sekitar tahun 2011-2012. Skrin pun besar dlm 4.2 inci. Banyak la function HP ni. Kalau nak surf internet, berpesbuk, check email tak payah buka laptop la. Kamera pun puas hati dengan 8 MP. Sampaikan Nikon D3000 papa tu tergantung kat dalam bilik..haha. Rakaman video HD. Memang cantik. Aplikasi dan games pun banyak. Download je dalam Play Store. Puas hati denagn model ni.

Tuesday 5 March 2013

Kedamaian alam

Masa balik kerja papa lalu ikut kawasan perkilangan senawang. Cantik dan mendamaikan la pulak pemandangan di kawasan bukit dan gunung ganang. Sempat snap beberapa keping gambar.

Friday 22 February 2013

Handphone dan sejarah pemakaiannya.

Sekarang papa pakai handphone Samsung Galaxy SII. Dah hampir setahun papa guna handphone ni. Mama pula guna Galaxy Note. Setakat ni puas hati dengan kedua-dua telefon ni. Sebelum ni kami setia dengan jenama Nokia dari pelbagai model. Papa nak cerita sikit pasal sejarah pemakaiatelefon bimbit ni. 

 
Motorola C520

Ini telefon bimbit pertama kali kami pakai. Kongsi dengan mama tu. Memandangkan masa tu sekitar tahun 2000 masih lagi belajar di UKM, manala ada duit banyak nak pakai sorang satu. Kalau tak salah telefon ni berharga hampir RM 600. Zaman ni pakai line TM Touch 013. Harga simkad punyala mahal dekat RM 200. Beli telefon dulu, bulan depan baru beli simkad. Fungsi telefon masa ni hanyalah panggilan keluar masuk sahaja. Seingat papa fungsi sms pun belum ada lagi. Tapi masa tu 
dah kira hebat dah. 
                                                                       Nokia 5510

Ini pula telefon kedua. Masa ni dah pakai sorang satu. Ini canggih sikit la dari yang atas tu sebab kecik sikit. Jenama Nokia yang pertama dibeli. Amat senang penggunaannya. Ringtones pun sedap dan banyak pilihan. Senang masuk dalam poket seluar. Kesimpulan model paling terbaik ni.

  
Nokia 3310

Telefon paling famous di zamannya. Boleh kata hampir semua orang memilikinya termasuk la kami. Antara yang terawal telefon bimbit direka tanpa antena. Memang tahan lasak telefon ni. Boleh dikatakan lagenda la dalam kalangan henpon2 lain. Game snake paling lejen la dalam henpon ni. Siap bersaing lagi sapa score mata paling tinggi.

(update April 2017....)
Model ni akan dileuarkan kembali dengan beberapa ciri tambahan. Sesuai dengan zaman la kan.


Nokia 3310 2017

Jem!!

Masa nak balik kerja petang tadi. Tak pernah-pernah jem sebelum ni. Rupanya jalan biasa tu ditutup untuk Program Karnival Jelebu. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ini pula suasana semalam waktu balik dari mesyuarat di Seremban 2. Jalan ni dari Bukit Chedang menghala ke PD/Senawang. Lagi teruk jem waktu ni. Nasib baik la jarang2 lalu sini.