Friday 4 December 2009

Kedai Mamak

Kenapa orang suka sangat lepak kedai mamak yer? Aku pun selalu gak lepak kedai mamak ni. Tapi sejak kahwin aktiviti ni dah kurang la. Kadang-kadang bawak famili makan roti nan kat Azhar Maju Senawang. Sebenarnya sejarah aku mula kenal kedai mamak ni dah lama. Masa aku kecik-kecik dulu selalu ikut ayah lepak kedai mamak kat area kampung aku. Makan roti canai dan teh tarik sambil layan wrestling. Time tu zaman Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Undertaker punn baru keluar lagi dan ramai lagi ler wrestler yang hebat-hebat. Masa tu masih pakai video player dan tape yang besar gedabak. Tak macam sekarang ni semua dalam cd @ dvd yang nipis-nipis.

Sekarang kedai mamak dah tak pasang wrestling lagi dah. Kebanyakan dah pasang astro dan kalau ada perlawanan bola lagi lah meriahnyer kedai mamak tu. Masa aku studi kat UKM dulu pun masih lagi kedai mamak jadi pilihan terutama time tengah-tengah malam. Layan roti kosong jer ataupun feveret aku megi goreng. Kena pula time tu ada game EPL sesak la kedai mamak tu. Sampaikan mamak tu letak kerusi atas longkang yang di alas dengan papan. Siap ada bau lagi, tapi customer selamba badak jer lepak kat situ..huhu ..Korang yang tinggal di Bandar Baru Bangi mesti tau lokasi kedai ni..sebelah stesen minyak Shell fasa 1.

Kat Seremban ni lagi la banyaknyer kedai mamak. Sekarang dah canggih dah. Siap pasang WIFI lagi tu..standard Starbuck ko..sigh..Dengan TV plasma besar gedabak, memang puas la layan bola. Kat area rumah aku ni pun bersepah kedai mamak. Sampai anak aku yang sulung ni pun dah pandai mintak nak makan kat kedai mamak..huhu..

Bagi aku kedai mamak ni ramai orang sebab :
1. Servis cepat. Ramai la camner pun customer dia, servis biasanya tak mengecewakan.
2. Banyak pilihan makanan. Dari yang berat-berat sampaila yang ringan-ringan. Western food pun ada..pendek kata macam-macam ada..
3. Minuman dia terutama yang tarik2 tu memang lain la dari kedai-kedai melayu. Tah guna susu apa tak tau la. Yang nyata sedap..heheh