Monday 14 June 2010

Piala Dunia 2010

Sekarang tengah demam piala dunia. Sebut piala dunia semua orang tahu ia merujuk kepada kejohanan bola sepak yang tersohor seantero dunia. Ketika aku menaip post ini pasukan Jepun baru sahaja berjaya menewaskan Cameroon 1-0. Agak berbangga Jepun sebagai pasukan Asia berjaya memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan mengiringi kejayaan sebuah lagi pasukan dari Asia Korea Selatan yang terdahulu menewaskan Greece 2-0. Harapan aku sebagai rakyat Malaysia sudah tentu ingin melihat pasukan kebangsaan sendiri berjaya seperti 2 negara yang satu ketika dahulu menjadi pasukan belasahan kita. Kita tunggu saat itu..

-------------

Oh ya sudah agak lama tidak menulis disini. Ini post yang pertama untuk tahun ini walaupun sudah memasuki separuh tahun 2010. Mungkin Facebook yang menjadi sebab aku begitu malas untuk memblogging walaupun pada awalnya aku beriya-iya dan bersemangat untuk menulis di dalam blog ini. Sampai disini pun aku sudah kekeringan idea.