Monday 22 May 2017

Aku dan motor

Rasa macam nak cerita pasal moto la. Aku dan moto ni sebenarnya dah lama berhubungan. Sejak aku pandai awak moto seawal usia 9 tahun. Masa tu belajar naik moto kapcai ayahanda..the legend of honda cup lampu bulat.

Org kg terutama org felda familiar sangat le dengan moto legend ni. Moto serba boleh, multi purpose. Bawak pergi ladang sawit (angkut segala mak nenek peralalatan ladang), bawak pegi shopping barang dapur (setakat bwak beras 50kg steady beb), hantar anak ke sekolah (naik 5 org pun selamba badak), balik kg. Pendek kata macam2 kegunaan.

Lasak moto ni wei. Aku rasa kat kampung dulu hampir setiap rumah ada sebijik moto ni. Sampaikan aku pernah la terstart moto org lain masa kat kedai. Tak perasan wei..moto sama je..haha

Honda Cub 70cc (gambar dr google)

Moto pertama yang betul2 milik sendiri ialah Yamaha 80 cdi. Moto ni ayah yang belikan masa aku form 5. Senang nak buat ulang alik pegi sekolah sebab masa tu petang2 ada kelas tambahan. 

So berjasa jugak la moto  ni sepamjang aku guna. Sempat buat berulang masa sambung Form 6. Jauh jugak la jarak masa tu kira2 50km pergi balik dari rumah. Jaga cukup baik moto ni sebab sedar masa tu bukan orang kaya2 yg senang nak dapat kenderaan kan. Dapat yang ni pun ah kira untung.

Yamaha 80 cdi (gambar dr google)

Kemudian pada tahun 1997 selepas 2 tahun guna Yamaha cdi ni, ada reseki lebih sikit, dapatlah beli motor baru. Ni betul2 motor baru bukan second tau tak. Yamaha SS2 110 di beli pada tahun 1997 memandanglan motor lama aku tu dah nazak sangat.

 Rupanya motor lama tu pernah eksiden sampaikan bodi dia dah pecah. Bawak pun bergoyang-goyang...bahaya betul.

Dengan motor baru ni barulah aku rasa konpiden sket nak pergi sekolah hari2, Kalau tak manjang la aku absent sebab moto buat hal. Kadang-kadang tumpang member satu sekolah. Penat wei.

 Lepas STPM aku lulus dengan baik dapat sambung ke UKM buat degree. Dengan Yamaha SS2 ni la aku ke sana ke sini dekat Bangi tu. Memang moto yang satu ni banyak betul jasa pada aku (dan my wife) sebab kadang2 hantar dia kelas). 

Dekat 6 tahun guna motor ni sampai dapat keje lepas habis studi. Dari Bangi ke Seremban. Last masa beli kereta, motor ni hantar ke kampung sebab adik nak pakai. Masa tu jarang pakai motor sebab naik kereta ulang alik keje.  

Bagi aku motor ni antara yang terbaik pernah dibuat oleh Yamaha. Sebab kelancaran semasa meunggang. Sesuai jarak jauh.

Yamaha SS2 (gambar dr google).

Tahun 2008 pindah ke ke rumah yang dibeli. Masa tu rumah dengan tempat kerja dah dekat. So decide nak naik motor balik la. Pergi kedai belek2..angkat ler motor Kriss 110. Sebab apa beli motor ni. Sebab tokey kedai tu bgtau motor ni second tapi owner tak pernah ambil..just ambil no plate je. 

So baru tapi harga jatuh second. Beza 1500 dengan yang baru. Terus sauk je la. Pakai ulang alik pergi kerja dan pergi kedai, Payah dok bandar kalau takde motor ni. Mana mau parking, bayar parking lagi. 

Pakai moto ni sampai tahun 2016. Lama jugak tu dalam 8 tahun. Jual sebab dah jarang pakai. Tersadai je kat rumah sebab masa jual tu dah beli motor baru. 

Kriss 110 SE (gambar dr google)

Lepas yamaha dan kriss, terkini aku pakai jenama honda pulak. Honda Future 125. Beli motor ni sebab nak buat backup pegi kerja. Mana tau kot2 time kereta meragam ke. Ada gak motor kan buleh la guna. 

Motor future ni bagus dari segi penjimatan minyak dia. Memang menjimatkan. Satu lagi ada ruang simpanan bawah seat yag boleh simpan helmet dan barang2 lain. So senang la nak bawak barang2 macam baju hujan, beg dll. 

Laju tu tak la. Setakat 100km/j tu dapat la. Nak laju buat apa te ye tak. Ride santai2 sudah. Janji sampai opis dan sampai rumah.

Honda Future 125 (gambar dr google)

Itulah cerita pasal aku dan motor setakat ini. Ada impian dan anganan untuk pakai motor besar. Tipu la kalau tak teringin kalau dah biasa bawak motor ni kan. Kut2 ada rezeki mana tau motor-mtor ni dapat pakai..kan kan..
Yamaha T-Max 500cc. Super scooter. Terbaik ni. Bunyi ekzos pun sedap.

Kawasaki Versys 650. Model pilihan ramai.


Model baru Modenas ala-ala cafe racer. Harga mampu milik RM 6500.

Simpan niat dulu. Adios.


No comments:

Post a Comment