Monday, 27 April 2009
Apa aku buat...
Wednesday, 22 April 2009
Report duty
Masuk bilik meeting tunggu Pengarah buat taklimat ringkas utk staff baru. Rupa-rupanya yang lain dah ada kat situ. Aku Ada 9 orang semua staff baru termasuk orang2 lama yang naik pangkat. Berdebar jugak nak jumpa dengan Pengarah ni. Maklum ler big boss. Alhamdulillah pengarah amat baik orangnyer. Bersyukur dapat big boss camni. Aku ditempatkan di daerah Jelebu. Takler jauh sangat. Tak sampai 1/2 jam dr rumah aku. Tak kisah la..dapat kerja ni pun dah bersyukur kan.
Hari ni takdela buat keje lagi. Cuma settle borang2 pendaftran yang aku dapat masa kursus hari tu. Banyak jugak kena isi.
Kenal2 dgn staf2 lama. Alhamdullliah semua baik2 dan bersedia menolong staf2 baru cam kami ni. Yela bagi aku selain jenis pekerjaan, suasana kerja juga mempengaruhi semangat seseorang yang fresh cam aku ni. Yeker??
Pukul 5 lebih ...apa lagi balik ler.
6
Tuesday, 21 April 2009
Hmm...
Tuesday, 14 April 2009
Saturday, 11 April 2009
Bola sepak lagi...

LONDON - Dua jaringan Fernando Torres membantu Liverpool membelasah Blackburn 4-0....
Hmm..terubat juga hati bila team aku, Liverpool menang setelah kalah 1-3 dengan Chelsea hari tu.
Torres scored 2 biji, 1 oleh Agger. Torres menanduk gol kedua (gambar sebelah).
Yang tak berapa bestnya team jahat ManYou menang pulak dengan Sunderland 2-1. Takpe..masih ada beberapa perlawanan untuk The Reds buktikan EPL milik kita. Liverpool boleh.

Friday, 10 April 2009
Hooligans
Apa yang terjadi di Stadium Kota Bharu dalam perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan amatlah memalukan jika diambil kira prestasi dan mutu permainan yang ditunjukkan dalam liga Malaysia. Berbaloi ker nak mengamuk sampai merosakkan harta benda dan ada yang cedera parah hanya sekadar menonton perlawanan yang standardnya...
Aku cukup respek dengan penyokong dalam liga England. Walaupun kedudukan penonton agak rapat dengan padang tapi tak pernah pulak dengar rusuhan besar-besaran berlaku. Penyokong MU takde pulak mengamuk walau kena belasah 4-0 dengan Liverpool bulan lepas. Itu main dekat Old Trafford. Orang England ni suka mengamuk dekat luar negara mereka jer kot. Tapi berbaloi la dapat tengok team sendiri main world cup. Ini main tak seberapa, penyokong pulak yang lebih2. Mungkin orang luar akan berkata.."oh Malaysia ada liga bolasepak rupanya" bila terbaca berita ini.
Menarik bila memetik ulasan M.Karathu mengenai insiden ini. Penyokong juga perlu diajar dapat menerima kekalahan selain pemain itu sendiri. Masalahnya dengan minda kelas ketiga golongan ini, dapat ker menerima ajaran ini?
Thursday, 9 April 2009
Kabinet Baru Malaysia
Beberapa menteri telah digugurkan termasuk Dato Seri Syed Hamid Albar, Dato Azalina, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan beberapa nama lagi yang kalah dalam pemilihan agong UMNO lalu.
Lagi menarik pelantikan Datuk Mukhriz Tun Mahathir kedalam kabinet baru menjawat jawatan sebagai timbalan menteri MITI walaupun kalah dalam pemilihan ketua pemuda UMNO yamg lalu. Dan pemenangnya pula tiada dalam senarai kabinet yang baru ini.
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pun dapat boss baru...Datuk Shahrizat Jalil yang pernah menjaga kementerian ini sebelum ini. Kira buat comeback ler.
Disini aku sertakan senarai penuh kabinet baru Malaysia yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.
Senarai penuh barisan Kabinet baru
KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah
KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin
KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan
KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan
Selamat Berkhidmat.....

Aku
Aku sekarang ni tak bekerja..jaga anak kat rumah..kira Mr Mama le nih. Hmm korang jangan salah faham pulak. Aku bukan penganggur lah. Cuma baru resign dari salah sebuah syarikat swasta dan tengah tunggu posting kerja baru (dengan kerajaan). Ramai yang terkejut dalam keadaan ekonomi down ni aku boleh resign dan lagi terkejut sebab aku resign dapat keje ngn govt. Diorang kata susah nak dapat kerja dengan govt. Susah ker? Entahlah…dah rezeki aku kat sini kan.
Dekat 5 thn aku kerja ngn company lama tu.Sedih jugak nak tinggalkan. Tapi aku perlukan cabaran baru dan yang penting aku buat ni adalah untuk kebaikan masa depan keluarga aku.