Tuesday 23 May 2017

Reviu Filem: Singam 3

Selalu kalau aku nak tengok apa2 filem aku akan google dulu cari reviu yg org lain dah tgk. Padahal nak donlod je atau layan online je pun. Nak tgk wayang payah dah la sekararang ni. Hero2 dan heroin berderet ni. 
So kali ni aku nak reviu 1 filem ni. Filem tamil berjudul Singam 3. Ikutkan filem ni dah release panggung bulan Feb 2107 lalu. Tapi baru keluar dalm online. Layan online jer la senang memandangkan internet laju.

Singam 3

Filem ni adalah yang sekuel yang ketiga dalam sekuel filem-filem Singam. Sekuel 1 dan 2 aku dah pernah tengok. Ni yang ketiga. Masih mengekalkan hero utamanya iaitu Suriya.

Heroin pulak masih jugak yang dulu, Anushka, tapi tak banyak scene dia keluar sebab filem ni memang fokus utama watak hero dia je. Singam ni pegawai polis yang jujur. 

So ada 1 negeri ni dia punya ketua polis mati kena tembak dengan orang jahat. So menteri2 dia buntu sebab sisatan polis tempatan tak berjaya selesai kes ni. So sorang menteri ni cadang la kepada menteri2 lain supaya import sorang Supercop dari negeri lain umtuk settle kes berprofil tinggi ni. 

Ni hero pujaan ramai peminat filem tamil, Suriya. 

Then dia cadang Deputi Commioner Singam ni utk tolong diorang. So Singam setuju la nak tolong diorang dengan syarat mesti ikut cara dia. Sampai je Singam kat stesen keretapi ni. samseng2 dah siap tunggu nak halau dia.

Tapi dah nama hero kan, dekat 20 orang samseng tu dia settle sorang jer. Melambung-lambung dia smackdown sorang2 jer. 

Dalam siasatan pembunuhan ketua polis ni, Singam dapat tahu rupanya misteri disebalik  kes ni ada kes yang lebih besar tahap international dah rupanya. Kes tu ialah negeri tersebut dijadikan tempat pembuangan sisa hospital dari luar negara secara haram.

Operasi haram ni berselindung disebalik perniagaan pengimportan besi buruk dari Austalia yang dilakukan oleh seorang anak Menteri juga, 

Bos jahat dalam filem ni. Thakur Anoop Singh. 

Nak jadikan cerita kawasan pembuangan sisa hospital ni terbakar. Jadi asap tersebar ke sekolah berdekatan dan telah membunuh seramai 32 orang kanak2 sekolah. Jadi cikgu sekolah ni mengadu kepada ketua polis negeri tersebut.

 Tapi malangnya sindiket ni dapat tau awal lagi dan telah membunuh ketua polis ni sebelum kegiatan mereka terbongkar. 

Cikgu tu pulak cerita kepada Singam semua yang telah berlaku. So dalam Singam nak berkas ketua sindiket ni macam2 la berlaku. Keluarga dia kena ugut, dia kena serang dan macam2 la.

Akhir sekali dia berjaya tangkap ketua sindiket ni dan hapuskannya terus, Settle masalah tak payah nak bwak gi mahkamah bagai. So ni la maksud Singam, nak mintak dia tolong buleh, tapi kena ikut stail dia. Memang stailo beb.

So rating??...aku bagi 4/5.

 Okla next prebiu maybe filem bahasa lain pulak.

No comments:

Post a Comment