Wednesday 24 May 2017

Puasa

Lagi 2 hari umat Islam akan menyambut bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan Ramadhan al-mubarak. InsyaAllah. Bulan yang penuh barakah dimana amalan2 kita laksanakan berganda ganjaran pahalanya Allah SWT kurniakan. Rebutlah peluang yang hadir sebulan dalam setiap tahun.



Cuma nak share beberapa tips yang boleh dipraktis kepada anak-anak yang dikongsi dari blog2 lain.

Okay mari kita baca tips galak anak berpuasa dengan perasaan seronok dan gembira. 
  1. Ajar anak niat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  2. Masa kejut untuk bersahur, secara perlahan-lahan beritahu tentang kelebihan bersahur.
  3. Sahur bersama-sama. Pastikan masakan sahur makanan kegemaran anak kita dan sedap!
  4. Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh dia mandi untuk segarkan badan.
  5. Menjelang berbuka, tanya anak kita apa makanan kegemaran untuk berbuka. Jika boleh ajak anak kita membantu siapkan hidangan berbuka.
  6. Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah. Nanti letih nak air pula.
  7. Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. Biskut kering pun boleh terliur tau.
  8. Beri galakan dan sokongan moral semasa berpuasa. Sentiasa ungkapkan, "Irfan boleh berpuasa!"
  9. Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. 
Tapi sebelum latih anak2 berpuasa latih dulu mereka bersolat. Sebabnya orang yang bersolat dah tentu akan berpuasa, tapi orang puasa belum tentu solat.

No comments:

Post a Comment